...........

Thursday, March 29, 2012

Definisi Aib .

Pendedahan perkara yang mengaibkan seseorang boleh menjatuhkan maruah individu terbabit dan ia haram di sisi Islam.

Seboleh-bolehnya perkara yang melibatkan maruah individu hendaklah 'ditutup' atau tidak didedahkan secara berleluasa walaupun untuk tujuan pengajaran kepada mereka yang bersalah.

"Mengaibkan orang hukumnya haram di sisi syarak, tidak kira apa juga tujuannya. Perbuatan maksiat yang dilakukan oleh individu itu memang sudah salah di sisi agama Islam dan kesalahan itu adalah antara mereka dengan Allah.
Masyarakat tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang disiarkan melalui gambar dan video lucah membabitkan artis dan golongan kenamaan sebaliknya menyiasat perkara terbabit dengan teliti sama ada ia memang benar dilakukan atau hanyalah mainan teknologi yang serba canggih pada era ini.

Mengenai tindakan sesetengah penguatkuasa agama di negara ini merakamkan gambar ketika menjalankan operasi pencegahan maksiat, beliau kesal kerana ada segelintir pihak menyalahgunakan gambar yang diambil.

"Saya sendiri ada menerima gambar seorang wanita yang ditahan dalam satu operasi mencegah maksiat yang dijalankan oleh penguatkuasa agama di sebuah negeri. Ia memang menunjukkan aib wanita berkenaan.

"Mungkin niat mereka hendak memberi pengajaran kepada yang bersalah. Tapi dengan cara yang digunakan itu (mendedahkan aib), apakah yang diperoleh, pahala atau dosa?"



sumber : kedamaian islam .

No comments: