...........

Monday, December 27, 2010

NASYID SESAT ?

Assalamualaikum...
Adalah diketahui akan terlalu banyaknya gejala mengasyikan lagi
melalaikan didalam dunia hiburan hari ini... namun ditengah-tengah nya
munculah aliran Nasyid sebagai alternatif sopan lagi membimbing kearah
hiburan sihat. Persoalannya ada pihak yang berpendapat ada diantara
Nasyid ini disalah terapkan malah beragenda sonsang sekaligus menampakan
kepincangan Nasyid itu sendiri. Minta bantuan akhi-akhi serta
ukhti-ukhti memberi sedikit kupasan serta panduan dalam menangani
permasalahan dalam konteks contoh dibawah ini. Wassalam.

Subject: nasyid
BERITA Harian 29 April lalu, melaporkan kepopularitian penyanyi dari
Indonesia bernama Haddad Alwi. Beliau dikatakan memperjuangkan lagu
nasyid yang bermesej islam dengan menekankan konsep selawat sebagai isi
penting dalam setiap albumnya.

Penyanyi berkenaan sudah menghasilkan tujuh album berteraskan selawat.
Sambutan masyarakat terhadap album itu mendorong syarikat rakaman
tempatan mempromosi dan memasarkan album terbarunya Haddad Alwi & Sulis-
Cinta Rasul Orchestra Special Edition. Siaran radio tempatan juga sering
memutarkan lagu beliau manakala televisyen mula menayangkan klip
videonya, malah,ada pihak yang mula menganjurkan persembahan untuk
penyanyi berkenaan.

Memang terbukti, lagu nyanyian beliau cukup berpengaruh kerana ketika
pulang berhari raya di kampung, saya pernah melihat sanak saudara
terutama kanak-kanak begitu asyik menonton VCD lagu itu berulang kali.
Ini tidak menghairankan kerana album itu dikatakan memang berkualiti.
Penyanyi itu juga menjelaskan penghasilan albumnya untuk menarik minat
anak muda dan kanak-kanak.

Laporan media ada mencatat beberapa judul lagunya yang antara lain ialah
Nur Muhammad. Berdasarkan judul ini ia jelas berkaitan konsep Nur
Muhammad yang menjadi salah satu daripada kepercayaan sesat puak Syiah
dan beberapa tarikat Sufi.

Kedudukan konsep ini sebagai sesat dibuktikan sarjana Islam dan sudah
lama diwartakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia(Jakim).

(Lihat risalah Mengenal Ajaran Sesat, 2000,hal. 6-7).

Saya tidak pernah membeli kaset atau CD lagu itu untuk menghafal seni
katanya. Bagaimanapun, saya sempat menangkap beberapa petikan rangkapnya
melalui siaran radio, yang antara lain bermaksud:

"Nur Muhammad saw bertajalli dalam tubuh Saidina Ali ra."maksud ini
jelas membawa konsep Nur Muhammad mengikut fahaman Syiah Imam 12 yang
beriktikad bahawa Nur Muhammad itu berasal daripada Nur Allah, manakala
Nur Allah itu pula menjelma dalam diri Imam yang diketuai Saidina Ali
ra.

Saya juga mendengar lagu terbaru nyanyian beliau berjudul Madinatul Ilmi
yang diiringi Orchestra Victoria Philharmonic dan Sydney Concert melalui
radio dan televisyen. Rangkap pertama dan kedua seni kata lagu itu ada
hubungan dengan ajaran sesat berbunyi:

"Ana Madinatul Ilmi Wa Aliyyu Babuha, Faman Aradal Madinata Fa'tiha Mim
habiha" bermaksud: "Aku (Rasulullah) ialah bandar ilmu manakala Ali pula
ialah pintunya. Sesiapa yang inginkan ilmu itu maka hendaklah ia masuk
melalui pintunya."

Ungkapan ini adalah petikan sepotong hadis palsu rekaan Syiah untuk
menonjolkan kelebihan Ali. Kepalsuan hadis sudah dijelaskan oleh sarjana
ilmu hadis dalam 20 kitab antaranya Ibn al-Jauzi di dalam kitab
al-Maudu'at (jil. 1, hal. 350-353); Az-Zahabi dalam Tartib al-maudu'at,
(jil. 1, hal. 286-293); Al-'Ajluni dalam Kasyf al-Khafa', (jil. 1, hal.
618); As-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, (jil. 1, hal. 189);
As-Suyuti dalam al-Lali' al-Masnu'ah, (jil. 1, hal. 329, 330 dan
334);Asy-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu,ah, (jil. 1, hal. 1090) dan
Mulla Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu'ah. Oleh kerana Nur Muhammad
dan hadis palsu direka oleh Syiah untuk menegakkan ideologi mereka, lagu
itu juga perlu dilihat sebagai mendukung ideologi itu.

Saya tidak menafikan ada beberapa lagunya yang mempunyai seni kata yang
baik seperti Ummi. Saya mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik
penerbitan dan pemasaran album penyanyi berkenaan kerana seni katanya
umpama jarum halus yang menyuntik racun kesesatan secara sembunyi.

No comments: