...........

Wednesday, February 29, 2012

BQA 7 . kenangan terindah .

GAMBAR BENAR

Assalamualaikum kepada pembaca yang di sayangi . Semoga ALLAH s.w.t merahmati kekasihnya nabi muhammad sallahualaihi wasallam dan para Tabiin --> Tabi' tabii'n --> sampailah generasi kita insyaAllah . AMIN . 
Dekat mana lagi nk kongsi kalau bukan dekat blog nie . Ape yang kami nak cakap ni bukan lah penting sangat , Sebab semua orang akan merasa pengalama yang macam kami rasa , Tapi masing-masing ade pengalam yang terindah kan . So ini lah kenangan kami yang kami xkan lupa . LOL ~

MULA PERKENALAN
|
|
tanggal 22 hari bulan 9 tahun 2011 . bermulalah perkenalan anak muda yang merantau ke negeri sebelah untuk mencari ilmu demi menjawab persoalan masyarakat yang tercinta .
anak muda ini(saya) telah bertemu rakan-GAMBAR YANG BERADA DI ATAS .
sejak dari hari tersebut . bermulalah satu perjuangan untuk menuntut ilmu .
apa yang kami dapat . bukan sahaja ilmu , tetapi pengalaman , makna kawan dan sahabat ,


insyaallah hubungan ini xkan dilupakan untuk selamanya , tetapi dengan keizinan ALLAH tiada kuasa yang mampu untung menghalang .

akan tetapi . bila naik sem 2 . kami semua telah berpisah dan duduk di berlainan kelas .
jadi perasaan sedih tu datang secara tiba-tiba dab bukan direka-reka .
tapi . dengan semangat yang ada . kami semua teruskan perjalanan tholibul ilm , semoga allah merahmati kami dan matikan kami di jalan untuk menuntut ilmu , 
AMIN 

dan pada tanggal 25/2
kami semua telah mengambil keputusan untuk ber-vacation . cehh . tak jaoh mana pon . PD je . kahakah . tapi . sumpah seronok . 
GAMBAR BENAR WOI

YESS 
bertolak pukul 8 pagi . tetapi lewat sikit . mcm biase lah ,hehe . bgon lambat . so gerak masa tu pukul 9 .kereta yang diperlukan hanya 5 buah kereta . alhamdulillah .
GAMBAR REAL 

kami sampai pada pukul 11 . penat tuh .sampai2 je kami lepak2 jap . maklum lah ,
panas terik . xkan nk trus mandi . legam lah jadi nya ,,.hehe 
tapi itu hanya sangkaan meleset apabila jiwa kami bergelora untuk mandi , yeay , !
 GAMBAR BENAR .

muka-muka yang tidak sabar nk mandi . sempat lagi bersesi gambar ye you all ? hehe 
LOL ~

GAMBAR BENAR .
setelah bersiap2 . kami mengambil keputusan untuk naik banana boat . pergh , 1 pengalaman yang menarik , sume mcm kanak2 riang time nie :)

GAMBAR BENAR

muka-muka yang x sabar nk naik benda alah nie , haha . 

GAMBAR BENAR .

muka-muka gagah nk naik banana boat . haha .tapi sbnarnya kami telah deal dgn driver supaya bawak elok-elok supaya kami semua x jatuh lah , hehe . muka jek gagah :) ..
JAP-JAP-JAP- adik yang hujung tu sekolah mana ea ? hehee . LOL ~ 
GAMBAR BENAR .

YES .  kami dah mula bertolak untuk ke seberang pulau . HAHA , dedo + teruja , haha , terbaik :) 



GAMBAR BENAR . 

MULA-MULA mcm biase lah , suka-suka . haaaa. pastu 

GAMBAR BENAR .

PAKCIK - break the deal ~ haha . tergolek kami semua . haha . semua x sedia kot . bukan SATU , tapi TIGAAA habaq hang , HAHA , mmg xkan lupa . :) 

alamak - saya ade kelas lah , nnty saya sambung balik . assalamualaikum :)

hukum bermain guitar :)

Assalamualaikum,

Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan).
Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.
Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini. Terima kasih ustaz...

Waalaikumusssalam,

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS

Monday, February 27, 2012

renungan :)


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)