...........

Thursday, December 30, 2010

bacelah duhai wanita



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Monday, December 27, 2010

saksi bersama kita

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
>diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk
>berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan
>bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."
>
>"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan
>dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke
>kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak
>menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia
>sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau
>maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah
>saksi-saksi itu," ujar malaikat.
>
>Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh
>telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya
>yang mencium dan menghidu" Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah
>menambah, "Saya yang berkata-kata" Tangan meneruskan, "Saya yang
>memegang dan menggenggam." Kaki menyusul, "Saya yang berjalan dan
>berlari."
>
>"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan
>kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut
>tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka,
>sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam.
>
>Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
>Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar
>suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga
>mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus
>terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang,
>aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis
>menyesali p erbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji,
>bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar
>bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan
>dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya,
>berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai
>membasahi saya dengan air mata penyesalan."
>
>Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan
>dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung
>kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga
>karena pertolongan selembar bulu mata."
>
>Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
>berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
>beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan
>yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr
>
>Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
>bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

NASYID SESAT ?

Assalamualaikum...
Adalah diketahui akan terlalu banyaknya gejala mengasyikan lagi
melalaikan didalam dunia hiburan hari ini... namun ditengah-tengah nya
munculah aliran Nasyid sebagai alternatif sopan lagi membimbing kearah
hiburan sihat. Persoalannya ada pihak yang berpendapat ada diantara
Nasyid ini disalah terapkan malah beragenda sonsang sekaligus menampakan
kepincangan Nasyid itu sendiri. Minta bantuan akhi-akhi serta
ukhti-ukhti memberi sedikit kupasan serta panduan dalam menangani
permasalahan dalam konteks contoh dibawah ini. Wassalam.

Subject: nasyid
BERITA Harian 29 April lalu, melaporkan kepopularitian penyanyi dari
Indonesia bernama Haddad Alwi. Beliau dikatakan memperjuangkan lagu
nasyid yang bermesej islam dengan menekankan konsep selawat sebagai isi
penting dalam setiap albumnya.

Penyanyi berkenaan sudah menghasilkan tujuh album berteraskan selawat.
Sambutan masyarakat terhadap album itu mendorong syarikat rakaman
tempatan mempromosi dan memasarkan album terbarunya Haddad Alwi & Sulis-
Cinta Rasul Orchestra Special Edition. Siaran radio tempatan juga sering
memutarkan lagu beliau manakala televisyen mula menayangkan klip
videonya, malah,ada pihak yang mula menganjurkan persembahan untuk
penyanyi berkenaan.

Memang terbukti, lagu nyanyian beliau cukup berpengaruh kerana ketika
pulang berhari raya di kampung, saya pernah melihat sanak saudara
terutama kanak-kanak begitu asyik menonton VCD lagu itu berulang kali.
Ini tidak menghairankan kerana album itu dikatakan memang berkualiti.
Penyanyi itu juga menjelaskan penghasilan albumnya untuk menarik minat
anak muda dan kanak-kanak.

Laporan media ada mencatat beberapa judul lagunya yang antara lain ialah
Nur Muhammad. Berdasarkan judul ini ia jelas berkaitan konsep Nur
Muhammad yang menjadi salah satu daripada kepercayaan sesat puak Syiah
dan beberapa tarikat Sufi.

Kedudukan konsep ini sebagai sesat dibuktikan sarjana Islam dan sudah
lama diwartakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia(Jakim).

(Lihat risalah Mengenal Ajaran Sesat, 2000,hal. 6-7).

Saya tidak pernah membeli kaset atau CD lagu itu untuk menghafal seni
katanya. Bagaimanapun, saya sempat menangkap beberapa petikan rangkapnya
melalui siaran radio, yang antara lain bermaksud:

"Nur Muhammad saw bertajalli dalam tubuh Saidina Ali ra."maksud ini
jelas membawa konsep Nur Muhammad mengikut fahaman Syiah Imam 12 yang
beriktikad bahawa Nur Muhammad itu berasal daripada Nur Allah, manakala
Nur Allah itu pula menjelma dalam diri Imam yang diketuai Saidina Ali
ra.

Saya juga mendengar lagu terbaru nyanyian beliau berjudul Madinatul Ilmi
yang diiringi Orchestra Victoria Philharmonic dan Sydney Concert melalui
radio dan televisyen. Rangkap pertama dan kedua seni kata lagu itu ada
hubungan dengan ajaran sesat berbunyi:

"Ana Madinatul Ilmi Wa Aliyyu Babuha, Faman Aradal Madinata Fa'tiha Mim
habiha" bermaksud: "Aku (Rasulullah) ialah bandar ilmu manakala Ali pula
ialah pintunya. Sesiapa yang inginkan ilmu itu maka hendaklah ia masuk
melalui pintunya."

Ungkapan ini adalah petikan sepotong hadis palsu rekaan Syiah untuk
menonjolkan kelebihan Ali. Kepalsuan hadis sudah dijelaskan oleh sarjana
ilmu hadis dalam 20 kitab antaranya Ibn al-Jauzi di dalam kitab
al-Maudu'at (jil. 1, hal. 350-353); Az-Zahabi dalam Tartib al-maudu'at,
(jil. 1, hal. 286-293); Al-'Ajluni dalam Kasyf al-Khafa', (jil. 1, hal.
618); As-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, (jil. 1, hal. 189);
As-Suyuti dalam al-Lali' al-Masnu'ah, (jil. 1, hal. 329, 330 dan
334);Asy-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu,ah, (jil. 1, hal. 1090) dan
Mulla Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu'ah. Oleh kerana Nur Muhammad
dan hadis palsu direka oleh Syiah untuk menegakkan ideologi mereka, lagu
itu juga perlu dilihat sebagai mendukung ideologi itu.

Saya tidak menafikan ada beberapa lagunya yang mempunyai seni kata yang
baik seperti Ummi. Saya mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik
penerbitan dan pemasaran album penyanyi berkenaan kerana seni katanya
umpama jarum halus yang menyuntik racun kesesatan secara sembunyi.

HARGAI MASA !



hargai masa anda...... assalamualaikum salan ukhuwwah fillah HARGAI MASA ANDA PENDAHULUAN Masa adalah kehidupan. Kerana masa bergerak seiring dengan kehidupan. Tidak kira sama ada kihidupan itu dirancang dengan perkara– perkara berfaedah atau sebaliknya. Maka beruntunglah orang yang bijak mengatur masa dan sentiasa berhati– hati dengan pergerakan masa yang secara sunnahnya tidak akan berulang semula. Kerana itulah Islam mengajar umatnya agar menghargai dan merancang masa dengan sebaik mungkin. Firman allah dalam surah Al– Asr: Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman an beramal soleh Rasulullah bersabda: Berhati– hati dengan lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati. Muda sebelum tua, Sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin Kedua– dua dalil ini membuktikan bahawa masa adalah suatu yang penting untuk dipelihara dalam memastikan kehidupan yang berlalu berada dalam kebaikan dan berfaedah. Agar masa yang berlalu tidak berlalu dengan sia– sia yang akhirnya umur yang muda berganti tua dengan dipenuhi amal yang sia– sia yang tidak mampu menjanjikan kecemerlangan untuk Islam dan seterusnya tidak berjaya untuk menegakkan panji Islam. Suasana yang berlaku sekarang amat menyedihkan apabila kita selaku orang yang menuntut ilmu Allahdan berazam untuk bersama– sama menegakkan agama Allah masih tidak mampu menjaga masa dengan baik. Sedangkan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul terlalu berat dan banyak sekali. Kekurangan– kekurangan yang timbul nyata dihadapan kita selaku azhariyun. Keluhan ana kurang ilmu, `ana tidak mampu dan tidak pandai itu dan ini' sering kedengaran. Tetapi apa yang menyedihkan ianya hanya kata– kata yang tidak mampu mendatangkan usaha dan ganjaran untuk mereka juga Islam. Sedarilah sahabat, bahawa musuh Allah mampu merancang dengan teliti. Zaman semakin hampir kepenghuijungnya. Masa pula semakin cepat berlalu. Maka selayaknya kita semakin ligat mengejar masa seimbang dengan ligatnya putaran bumi masa kini. Juga seimbang dengan pergolakan yang berlaku masa kini. NILAI MASA DISISI MUSLIM Rasulullah bersabda: ` Dua nikmat yang sering dilupai oleh kebanyakan manusia ialah sihat dan waktu lapang'. selayaknya bagi seorang yang bergelar muslim itu tahu harga masa dan berusaha berlari pantas mengejarnya. Kerana tabiat masa seperti pedang jika kita tidak memotongnya. Maka masa yang akan memotong atau mendahului kita. Perjalanan masa dari satu pekerjaan kesatu pekerjaan ataupun dari satu saat kesatu saat sekalipun mestilah dengan perkara– perkara yang berfaedah dan lebih baik. Contohnya kata– kata yang berbunyi ` Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Barangsiapa harinya seperti semalam. Mereka adalah golongan yang tertipu. Barangsiapa harinya lebih buruk dari semalam. Maka dia adalah orang yang mengutuk dirinya sendiri'. Cara yang terbaik untuk menghargai masa ialah mendisplinkan masa dan merancang masa dengan teliti dengan perkara– perkara yang berfaedah, sentiasa awasi dari perkara– perkara yang tidak memberi infak pada seseorang, tidak menghadiri majlis– majlis yang tidak bermanfaat dan sentiasa berkawan dan ambil iktibar dari orang yang pandai menjaga masa. Kerana dengan berlalunya masa akan berlalunya usia. Bermakna peluang untuk seseorang semakin sikit dengan berlalunya masa. Kewajipan seseorang muslim terlalu banyak dan tidak dapat dipenuhi dengan masa yang ada jika tidak pandai mendisplinkan masa. Contohnya kewajipan pada Allah dalam mengerjakan kefarduan dan menjauhi larangannya. Mereka perlu juga melakukan amalan sunat untuk mendekatkan diri pada Allah. Ditambah pula kewajipan pada dirinya dalam meningkatkan Kredibilitinya dan cuba menutup kekurangan seperti membaiki akhlak, muamalah, menimba ilmu dan sebagainya. Tidak termasuk tanggungjawab lain terhadap ibu bapa, rakan– rakan, masyarakat, tanggungjawab pada Islam itu sendiri dan lain– lain. Sepatutnya tidak akan keluar dari bibir– bibir kita perkataan boring, tidak tahu hendak buat apa dan sebagainya. Seluruh umat Islam kini memerlukan kita selaku orang yang dapat mentarbiyah masyarakat dan dapat memberi pengajian Islam. Islam dimata masyarakat amat mulia dan mereka telah sedar akan kepentingannya kerana itu mereka mencari– cari dan mengharapkan kita selaku orang yang belajar agama turun padang membantu dan mengeluarkan ilmu yang ada. Namun, amat malang sekali ramai di antara kita tidak pandai ambil peluang. Apa yang dilebihkan bukan menuntut ilmu Allah terutama musim cuti ini. Tetapi mereka lebih suka melebihkan rehat setelah penat berimtihan. Ada yang qada' tidur, qada' main, qada' shopping. Tidak kurang juga yang memenuhi masa dengan berborak dan menontot tv hingga jauh malam. Mengapa kesedaran masih tidak timbul dalam keadaan ramai di antara kita yang tidak mampu menjawab persoalan yang diajukan, tidak mampu berdakwah hatta apabila disuruh beri tazkirah pendek pun masih ada yang tidak sanggup dan tidak mampu. Tidak dapat menghafaz surah– surah Al– Quran dan doa– doa lazim, tidak faqih tentang keadaan semasa dan banyak lagi kelemahan yang boleh diterjemahkan. Tapi tindakan sebahagian besar dari kita seolah– olah seperti seorang yang sempurna dan tidak perlu lagi berusaha melengkapkan diri. Rela diri mereka tertipu dengan filem– filem Amerika dan tertipu dengan penyelewengan yang dipaparkan oleh musuh Allah. Tidak kira dari Internet, majalah yang kurang sesuai, filem– filem barat yang penayangannya terkadang hingga melebihi separuh malam yang sepatutnya kita telah boleh bangun semula untuk memulakan tugas terhadap Allah. Tetapi kita tidak mampu merancang dengan sebaiknya. Maka jadilah kita seumpama kelawar. Berjaga malam dan memenuhi siang dengan tidur. Kerugian dipihak kita dan Islam . Malahan fitnah akan mengundang seluruh pelajar Azhar. Jika keadaan ini berterusan. BAGAIMANA CARA MENGATUR WAKTU DENGAN BAIK 1- Tepati masa Kumpul maklumat - contohnya_ dalam seminggu atau sebulan - Tuliskan kegiatan harian Paling kurang dalam jarak masa 30 minit - Siapkan kerja dengan waktu yang telah dirancang - Tuliskan di akhir hari adakan hari itu baik atau tidak Buat ujikaji dengan mengetahui - keperluan - Pengkhususan masa - Kesesuaian masa 1– Keperluan masa– mendahulukan setiap perkara yang lebih penting - Kembangkan keperluan dan buat aktiviti yang sesuai 2– Mengetahui pengkhususan masa - Selepas mengklasifikasikan keutamaan perlu tahu siapa pula yang akan melakukannya. perlu juga difikirkan sama ada mampu untuk melakukan ataupun tidak 3– Tahu kesesuaian - Sesuaikan pekerjaan dengan waktu yang ditetapkan. Adakah ia benar– benar sesuai di waktu itu dan sesuai untuk dilaksanakan. - Hentikan dan ketepikan perkara yang tidak diperlukan - Cari rakan untuk membantu jika perlu - Lakukan pekerjaan mengikut kemampuan Pilih waktu yang baik dan berharga Contohnya mulakan aktiviti dari sebelum subuh . - Pagi sesuai dengan aktiviti yang sebagaimana, begitu juga petang dan malam. Perlu difikirkan harga masa pada waktu tersebut. 2– Perancangan waktu - Perancangan harian - Perancangan mingguan - Perancangan tahunan Untuk merancang watu perlu melihat pada zuruf sekeliling sama ada ianya sesuai atau tidak Dan tahu tujuan atau matlamat menetapkan sesuatu perkara. Tindakan - Adakan matlamat tahunan - tahu sasaran mana yang lebih utama dan didahulukan - Pecahkan perancangan tahunan kepada bulanan dan mingguan - Klaskan matlamat untuk dapatkan natijah yang terbaik - Lihat kemaslahatan pada sudut individu, gerak kerja dan masyarakat TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SEKARANG Tidur diawal watu Bangun diawal pagi. Memulakan hidupan untuk hari itu dengan qiamullail dan berdoa agar hari yang akan dilalaui mampu dipenuhi dengan kebaikan dan dijauhi dari fitnah syaitan Sediakan perancangan atau jadual harian Lakarkan perkara– perkara yang akan dilakukan dan cuba laksanakan satu persatu Jangan lupakan tanggungjawab yang sepatutnya ditunaikan setiap hari Contohnya: tanggungjawab beribadah, menimba ilmu dan sebagainya Elakkan dari sifat suka bertangguh Elakkan dari perkara yang tidak berfaedah Ayuh sahabat, gerakkan diri anda dengan sebaik mungkin mengikut perancangan yang telah difikirkan. Semoga hari– hari mendatang kita dapat memenuhinya dengan lebih baik dan terancang. Segala– galanya cuba dilaksanakan untuk kecemerlangan Islam..

Sunday, December 26, 2010

petang yg bosan !


alhamdulillah kerana dapat hidup lg kat dunia nie..tetapi 26/12/2010 merupakan hari yg
membosankan.setiap hari mambuat perkara yg same.xde aktiviti baru.
kalu boleh setiap hari nk sapu,sapu,sapu ! xde menda lain yg boleh dibuat !
inilah keadaan rumah mak aq.setiap hari kena jady hang kebun pasal da xtaw nk wat ape lg

nilah keje nye..posing3..xde lain lg,,hehe..
tp ptg2 nie mmg best amek pic..tetapi yg x tahannye.NYAMUKK ! banyak giler !hahaa.
so,terpakse tahan laaa,,hehe

haaaaaaa ! nie adelah kenderaan yg sering digunakan ketika melakukan kerja2 berat diluar rumah..jika tiada kenderaan ini maka,beratlah jady nye,,hehe..sebarang tempahan akan dilayan..usianye telah mencecah 10 tahun,,tetapi telah dikemas kini kn supaya kelihatan gagah..hehe

haaaaaa !kuda nie berasal dari zaman sebelum masihi..telah digunakan oleh hercules ketika memburu kijang di hutan..walaupun kelihatan seperti tidak berdaye tetapi beiau(moto jadah nie)maseh mampu untok menakluki jalan ke kedai..hehe..kerana jasanya pada abad ini hanya ke kedai setiap hari..semput? mmg pon xde lak nk bg die ubat..hehe..beliau telah dikemaskini menjady warna emas..so jika beliau nie jalan di jalan raye jangan lak nk curi...sebab ni yg celop pnye ! ..heheh

inilah keadaan rumah mak aq ketika petang..mcm best kn ? tp menyampah sebab bosan gile..hehe..xde lahh.sini lah tmpat aq membesar..haha.yg best dok rumah nie adelahh--xde bising2 mcm kat taman..sunyi jek..aman damai hidup tenteram..haha

haaaaa ! nie kucing fevret..sbnarnye ade 4 ekor tp sekor da maty n sekor ntah mne tahh..hehe,,yg maty ue sebabnye kne bantai dgan kucing jantan jiran dpn rumah..geram gile !..hehe dah takdir..hehe
trima je lah kn.:D nme kcing yg kanan ue salleh n yg kiri ue karim..heheh

haaaa !nie pandangan dari rumah mak aq,,mcm aq ckp td...jalan kosong je x bnyak org lalu lalang(mat rempit bersepah)..hehehe..jiran2 pon x memekak..bgos laa kan..hehe aman..ade nmpak pagar x ?...tue maknenye nk suroh kamu yg bace nie keluar..hahaha :D

kenapa aku penat kerja ?


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

biskut !



> Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
> ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
> Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu
> penerbangannya.
> Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu
> dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang
> lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang
> sama yang terletak disebelahnya.
> Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
> Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah
> tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku....
> makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut
> wanita itu dalam hati.
> Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
> perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
> dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
> Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
> dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
> itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
> dirinya dari memarahi lelaki itu.
> Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
> mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya
> "Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.."
> Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk
> menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
> lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
> bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk
> nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
> Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada
> di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada
> dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...Ya
> ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
> Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.
> Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
> biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
> menunjukkan reaksi marahnya.
> Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
> kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
> Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.
> MORAL CERITA
> Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/
> kapalterbang...makan benda lain.
> Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan
> Moral 3: Selain daripada biskut, rokok juga sesuai untuk dikongsi
> bersama tanpa disedari.
> Moral 4: Lain kali simpan biskut yang kita beli...makan biskut orang dulu
> Moral 5: Bah…janganlah suka sangka buruk sama orang yang kita inda kenal..tak kenal maka tak cinta …. hehehe

Saturday, December 25, 2010

mood



mood nie boley ubah2 so xkesah la kalu manusia uw cpat mara..xde org dalam dunia nie yg xde perasaan marah..kalu ade pon dia di ibaratkan sebagai himar..hahaa..tp yg pnting kite kne kawal la mood kite biar happening je slalu..tp ade manusia beberape kerat yg merosakkan mood saudaranya..lalu menyebabkan timbul persengketaan antara mrk..senyumm itu sedekah bg sesiapa yg paham konsep..x guna senyum tetapi dalam hati ade hasad dengki..kalu senyum jugak alamatnye munafik la jawabnye,,hehe,,
tp kalau kite happening kn sume org boleh bergaul..tp ingat jgn nk happening je..nnty lupe dunia pulak..sebagai kawan pon jgn laa nk berguraw terok2 sangat,,sebab ade segelintir kawan yg x suke lebih2 dalam gurauan..so kite berhati ketika berguraw..
pandangan aq dalam konteks(dalam hati ade taman) biar ade taman wahai saudara dan saudari jgan ade hasad dengki di dalam hati sesama kite. jadilah manusia yg berjaya dalam hidup..sekian :D

coretan hati



Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

ikhlasnya cinta

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama
cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka.
Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati,
merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu
jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda,
ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan
sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah
ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini
akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.
Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan
wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu
dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat
dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.


Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada
pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.


Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan
dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

6 soalan

> > > Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu
> > > Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri
> > > kita di dunia ini?".
> > >
> > > Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan
> > > kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi
> > > yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji
> > > Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
> > >
> > > Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling
> > > jauh dari diri kita di dunia ini?".
> > >
> > > Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan
> > > bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban
> > > yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa
> > > lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa
> > > kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
> > > hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
> > > Agama.
> > >
> > > Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang
> > > paling besar di dunia ini?".
> > >
> > > Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua
> > > jawaban itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang
> > > ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-
> > > hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
> > >
> > > Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
> > >
> > > Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar,
> > > kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"
> > > (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua
> > > tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah
> > > (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
> > > permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
> > > karena ia tidak bisa memegang amanahnya.
> > >
> > > Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
> > >
> > > Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu
> > > benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
> > > meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-
> > > gara meeting kita tinggalkan sholat.
> > >
> > > Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia
> > > ini?".
> > >
> > > Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imamtext-align:
> > > Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena
> > > melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai
> > > perasaan saudaranya sendiri.text-align: center;">

reunion

mule2 try ar bincang dgan dak2 nie nk wat reunion kat mne..so masing2 bg la pendapat
tetapi malangnye pendapat mrke sume x leh pakai..maka tersembul lah pendapat dari seorg insan yang bernama IDHAM AZIZ menyuarakn pendapat untok berreunion di suatu tempat yg agak terpencil..hehe..iaitu PUNNGAI..LOKASI PUNGGAI NIE TERLETAK DIANTARA BANDARPENAWAR DAN PENGRERANG..sumber itu aq(farisham)dapat dari IDHAM AZIZ yg menyatakan bahawa punggai itu suatu tempat yg di ibaratkn sebagai istana kayangan..hehe

mereka2 ini adelah ahli2 yg telah menyertai geng PEPANG .program nie telah di pengurusikan oleh saudara furqan(abg os)naib pengerusinya syed mohd(mat) serta pembantu keselamatanya aq(farisham) biro makanan(idham)biro penghinapan faris hamizan(kb) serta crew2 yg mengambil bahagian serta mewarnai program tersebut,,kegiatan penyediaan makanan serta tempat tinggal giat dijalankan ketika itu..saksikan paparan ini

haaaa...mse nie sume crew dipuji kerana saling bantu membantu antara satu sama lain..hehe..walaupon ade jugak yg mengambil kesempatan untok tidor,curik ayam..hehe

mase nie pulak aq sempat possing lg..tp time nie penadd gilehehe..hehe sume nie hnye tggal kenangan abadi..
haaaaaa ! ni lah sajian yg di tunggu2..hehe
sume lapor sampai ade yg tamak n ade yg x abis mkn n ade yg sampai jatoh kat pasir ! hehehe ta buleh bla la.
hahhah..ape yg penting suasana girang n ceria ..sume nie adelah hasil titk peluh dgan kerjasama sume crew..

mse nie sume kepenatan dgan melepak same2..hehehe..mlm nie laaa malam yg merepek..kalu boleh sume nk merepek..
sampai sape yg x tydo bapak die popeye ! :D hahah
akhirnya semua tydoo kepenatan..
wat penat je pasang kemah..tp sume tydo lua.
hahahha..walaupon hujan,,tp dgan keiginan yg tabah menghadapi dugaan dan cabaran..
hahhaa
akhirnye sume dah nk bergerak pulang..so ade barang kenangan untok disimpan..harap2 kain tue sume dapt disimpan dgan elok..
jagan buat kain lap sudahh !
hahaha

sengaje aq ltak pic nie kali kedua sebab...RUGI BG SESIAPE YG X IKOTT !..HAHA :D xde lahh harap2 program nie akan dapat di jalankn lg..kite semua da mcm adik beradik..hehe maybe nnty kite akan buat lg..di lain tempat dan lain waktu..hehe
SEKIAN !

Friday, December 24, 2010

tafsiran jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

>Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

>Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

>Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

>Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

>Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

rambut ?

1) RAMBUT LURUS

- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL

- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO

- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG

- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT

- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT

- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG

- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL

- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT

- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN

-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

~kawan2 ku~


sume yg ade dlam pic nie aq anggap mereka semua sbgai keluarga.
ape yg aq makan dieorg pon makan kecuali ust fuad(dah berkahwin,so mkn kat rumah laa)
hehe,,,6 tahun kite berkahwan..dr form 1 sampai form 6..ramai diantara kawan2 aq yg menamatkan pelajaran smapi ke tahap spm..
maka tinggallah beberape kerat sahaja yg mengambil stam(sijil tinggi agama malaysia)..
x sangke dah abis skola..tp nk wat cmne sume pekara yg berlaku dalam 6 tahon tue telah menjadi kenangan yg terindah bg aq.. ade perkara yg aq xleh lupa sampai sekarang..
hubungan kite semua dah mcm adik bradik tp kadang2 ade jugak kiteorg bertekak..hehe
lumrah manusia ade putih ade hitam..x sefahaman..so aq harap bg sesiape yang ade dalam pic nie..jangan putuskan hubungan kite..sebab kawan2 adelah penyeri hidup..:D

sketsa cinta


Jika kita mencintai seseorang,
kita akan senantiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kau masih ingin mencuba.
Jangan sesekali menyerah
jika kau masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kau tidak mencintainya lagi,
jika kau masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang
Kepada orang yang masih memiliki harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
Kepada mereka yang mempunyai keberanian
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan

Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang
sampai dia meninggalkan dunia
dan akhirnya kau terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan di benakmu itu sekarang
selagi mereka masih ada.


Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
dan kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu menjadi emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat, kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang
dan kau tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kau ingin mencintai
atau memiliki hati seseorang,
ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah.
Kadangkala kau mencium harum mawar tersebut,
tetapi kadangkala kau terasa bisa
duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kau bertemu seseorang
yang sangat bererti bagimu,
hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi tidak bererti
dan kau harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kau tidak menghargai
orang yang mencintai kau sepenuh hati,
sehingga kau kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan
kerana perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi,
kiranya kau benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat
orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin,

Jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Mungkin saja pada apa yang kau sayangi
atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya
dan mungkin juga pada apa yang kau benci
tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada insan adalah alami,
cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup
dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kau dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah
seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian ...
dan kenangan adalah
hal terindah yang pernah dimiliki…
Cinta yang kekal abadi adalah cinta hamba kpd penciptanya!!! Itulah seagung2 cinta…CINTA YANG MAHA ESA…..

.:: Permainan ::.

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu
kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap
murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan
kanannya ada pemadam

Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya
begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan
ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini,
maka berserulah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru
berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat
kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah
"Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah
"Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid
tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan
tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan
berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang
haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk
menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan
sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal
tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan
cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun
kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat
mengikutinya.

Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan
menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu
yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian
seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah
menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini
menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda
sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru
kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah
karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif
dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Si Guru
memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia
ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak
karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan
musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu
anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak
akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi
mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari
pinggir, sehingga anda tidak sadar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin
kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah
kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding
akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari
dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia
tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan
perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan
lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda
telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara
yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang
pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh
musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang
memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya
dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan,
mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau
diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit
serentak, baru mereka akan sadar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali
ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar
meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran
masing-masing di kepalanya.

Thursday, December 23, 2010

duit =kelebihan RM2.00....

Ini satu informasi untuk orang yang pakai telefon Bimbit
1G or 2G mahupon 3G" Dengan menggunakan wang kertas dua ringgit sahaja
anda boleh mendapatkan "full bar" untuk h/phone anda walaupun di mana
anda berada. Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen utk "boost
up" h/ phone bar untuk line 013, 016, 019, 012, 017 dan banyak lagi.

Caranya:

Step 1 : Offkan h/phone.

Step 2 : Lipatkan dan selitkan wang kertas RM2 yang
telah dilipat menjadi sama size dengan bateri h/phone anda.

Step 3 : Onkan h/phone anda dan periksa bar pada h/phone
anda.

Step 4 : Semasa h/phone anda on, pastikan ID. 10T
tertera pada display h/phone anda.

Step 5 : Your h/phone now will display full bar network
coverage wherever u are.

Important Note :- Sekiranya ID.10T tidak tertera pada
display h/phone anda, sila periksa sebuah satellite yg besar di belakang
wang kertas RM2 tersebut samada satellite tersebut berfungsi dengan baik
atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk2 sikit h/phone
anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong
terjatuh yang mungkin menyebabkan bar h/phone anda tidak berubah.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan handphone di dahi
anda 10 kali... .... mungkin tertera kod ID. Yang mana dah bertukar jadi
IDIOT

Tuesday, December 21, 2010

bujang lapok...

bujang lapok adelah org yg tidak suka berkahwin kerana tujuan mencari ilmu pengetahuan,atau beribadah,ataupun untuk menjauhkan diri dari urusan dunia dan tanggungjawabnya,disamping itu hatinya tidak cenderung kepada wanita dan tidak berniat untuk mempunyai isteri.maka hukumnya tidak mengape dan tidak berdosa kerana meninggalkn nikah..pendapat ini telah disahkan oleh sebahagian ulamak dan salafisoleh dan sebahagian mereka mengamalkan nya..