...........

Sunday, December 26, 2010

biskut !



> Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
> ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
> Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu
> penerbangannya.
> Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu
> dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang
> lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang
> sama yang terletak disebelahnya.
> Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
> Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah
> tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku....
> makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut
> wanita itu dalam hati.
> Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
> perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
> dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
> Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
> dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
> itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
> dirinya dari memarahi lelaki itu.
> Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
> mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya
> "Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.."
> Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk
> menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
> lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
> bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk
> nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
> Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada
> di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada
> dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...Ya
> ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
> Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.
> Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
> biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
> menunjukkan reaksi marahnya.
> Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
> kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
> Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.
> MORAL CERITA
> Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/
> kapalterbang...makan benda lain.
> Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan
> Moral 3: Selain daripada biskut, rokok juga sesuai untuk dikongsi
> bersama tanpa disedari.
> Moral 4: Lain kali simpan biskut yang kita beli...makan biskut orang dulu
> Moral 5: Bah…janganlah suka sangka buruk sama orang yang kita inda kenal..tak kenal maka tak cinta …. hehehe

No comments: