...........
Monday, December 27, 2010
HARGAI MASA !
hargai masa anda...... assalamualaikum salan ukhuwwah fillah HARGAI MASA ANDA PENDAHULUAN Masa adalah kehidupan. Kerana masa bergerak seiring dengan kehidupan. Tidak kira sama ada kihidupan itu dirancang dengan perkara– perkara berfaedah atau sebaliknya. Maka beruntunglah orang yang bijak mengatur masa dan sentiasa berhati– hati dengan pergerakan masa yang secara sunnahnya tidak akan berulang semula. Kerana itulah Islam mengajar umatnya agar menghargai dan merancang masa dengan sebaik mungkin. Firman allah dalam surah Al– Asr: Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman an beramal soleh Rasulullah bersabda: Berhati– hati dengan lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati. Muda sebelum tua, Sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin Kedua– dua dalil ini membuktikan bahawa masa adalah suatu yang penting untuk dipelihara dalam memastikan kehidupan yang berlalu berada dalam kebaikan dan berfaedah. Agar masa yang berlalu tidak berlalu dengan sia– sia yang akhirnya umur yang muda berganti tua dengan dipenuhi amal yang sia– sia yang tidak mampu menjanjikan kecemerlangan untuk Islam dan seterusnya tidak berjaya untuk menegakkan panji Islam. Suasana yang berlaku sekarang amat menyedihkan apabila kita selaku orang yang menuntut ilmu Allahdan berazam untuk bersama– sama menegakkan agama Allah masih tidak mampu menjaga masa dengan baik. Sedangkan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul terlalu berat dan banyak sekali. Kekurangan– kekurangan yang timbul nyata dihadapan kita selaku azhariyun. Keluhan ana kurang ilmu, `ana tidak mampu dan tidak pandai itu dan ini' sering kedengaran. Tetapi apa yang menyedihkan ianya hanya kata– kata yang tidak mampu mendatangkan usaha dan ganjaran untuk mereka juga Islam. Sedarilah sahabat, bahawa musuh Allah mampu merancang dengan teliti. Zaman semakin hampir kepenghuijungnya. Masa pula semakin cepat berlalu. Maka selayaknya kita semakin ligat mengejar masa seimbang dengan ligatnya putaran bumi masa kini. Juga seimbang dengan pergolakan yang berlaku masa kini. NILAI MASA DISISI MUSLIM Rasulullah bersabda: ` Dua nikmat yang sering dilupai oleh kebanyakan manusia ialah sihat dan waktu lapang'. selayaknya bagi seorang yang bergelar muslim itu tahu harga masa dan berusaha berlari pantas mengejarnya. Kerana tabiat masa seperti pedang jika kita tidak memotongnya. Maka masa yang akan memotong atau mendahului kita. Perjalanan masa dari satu pekerjaan kesatu pekerjaan ataupun dari satu saat kesatu saat sekalipun mestilah dengan perkara– perkara yang berfaedah dan lebih baik. Contohnya kata– kata yang berbunyi ` Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Barangsiapa harinya seperti semalam. Mereka adalah golongan yang tertipu. Barangsiapa harinya lebih buruk dari semalam. Maka dia adalah orang yang mengutuk dirinya sendiri'. Cara yang terbaik untuk menghargai masa ialah mendisplinkan masa dan merancang masa dengan teliti dengan perkara– perkara yang berfaedah, sentiasa awasi dari perkara– perkara yang tidak memberi infak pada seseorang, tidak menghadiri majlis– majlis yang tidak bermanfaat dan sentiasa berkawan dan ambil iktibar dari orang yang pandai menjaga masa. Kerana dengan berlalunya masa akan berlalunya usia. Bermakna peluang untuk seseorang semakin sikit dengan berlalunya masa. Kewajipan seseorang muslim terlalu banyak dan tidak dapat dipenuhi dengan masa yang ada jika tidak pandai mendisplinkan masa. Contohnya kewajipan pada Allah dalam mengerjakan kefarduan dan menjauhi larangannya. Mereka perlu juga melakukan amalan sunat untuk mendekatkan diri pada Allah. Ditambah pula kewajipan pada dirinya dalam meningkatkan Kredibilitinya dan cuba menutup kekurangan seperti membaiki akhlak, muamalah, menimba ilmu dan sebagainya. Tidak termasuk tanggungjawab lain terhadap ibu bapa, rakan– rakan, masyarakat, tanggungjawab pada Islam itu sendiri dan lain– lain. Sepatutnya tidak akan keluar dari bibir– bibir kita perkataan boring, tidak tahu hendak buat apa dan sebagainya. Seluruh umat Islam kini memerlukan kita selaku orang yang dapat mentarbiyah masyarakat dan dapat memberi pengajian Islam. Islam dimata masyarakat amat mulia dan mereka telah sedar akan kepentingannya kerana itu mereka mencari– cari dan mengharapkan kita selaku orang yang belajar agama turun padang membantu dan mengeluarkan ilmu yang ada. Namun, amat malang sekali ramai di antara kita tidak pandai ambil peluang. Apa yang dilebihkan bukan menuntut ilmu Allah terutama musim cuti ini. Tetapi mereka lebih suka melebihkan rehat setelah penat berimtihan. Ada yang qada' tidur, qada' main, qada' shopping. Tidak kurang juga yang memenuhi masa dengan berborak dan menontot tv hingga jauh malam. Mengapa kesedaran masih tidak timbul dalam keadaan ramai di antara kita yang tidak mampu menjawab persoalan yang diajukan, tidak mampu berdakwah hatta apabila disuruh beri tazkirah pendek pun masih ada yang tidak sanggup dan tidak mampu. Tidak dapat menghafaz surah– surah Al– Quran dan doa– doa lazim, tidak faqih tentang keadaan semasa dan banyak lagi kelemahan yang boleh diterjemahkan. Tapi tindakan sebahagian besar dari kita seolah– olah seperti seorang yang sempurna dan tidak perlu lagi berusaha melengkapkan diri. Rela diri mereka tertipu dengan filem– filem Amerika dan tertipu dengan penyelewengan yang dipaparkan oleh musuh Allah. Tidak kira dari Internet, majalah yang kurang sesuai, filem– filem barat yang penayangannya terkadang hingga melebihi separuh malam yang sepatutnya kita telah boleh bangun semula untuk memulakan tugas terhadap Allah. Tetapi kita tidak mampu merancang dengan sebaiknya. Maka jadilah kita seumpama kelawar. Berjaga malam dan memenuhi siang dengan tidur. Kerugian dipihak kita dan Islam . Malahan fitnah akan mengundang seluruh pelajar Azhar. Jika keadaan ini berterusan. BAGAIMANA CARA MENGATUR WAKTU DENGAN BAIK 1- Tepati masa Kumpul maklumat - contohnya_ dalam seminggu atau sebulan - Tuliskan kegiatan harian Paling kurang dalam jarak masa 30 minit - Siapkan kerja dengan waktu yang telah dirancang - Tuliskan di akhir hari adakan hari itu baik atau tidak Buat ujikaji dengan mengetahui - keperluan - Pengkhususan masa - Kesesuaian masa 1– Keperluan masa– mendahulukan setiap perkara yang lebih penting - Kembangkan keperluan dan buat aktiviti yang sesuai 2– Mengetahui pengkhususan masa - Selepas mengklasifikasikan keutamaan perlu tahu siapa pula yang akan melakukannya. perlu juga difikirkan sama ada mampu untuk melakukan ataupun tidak 3– Tahu kesesuaian - Sesuaikan pekerjaan dengan waktu yang ditetapkan. Adakah ia benar– benar sesuai di waktu itu dan sesuai untuk dilaksanakan. - Hentikan dan ketepikan perkara yang tidak diperlukan - Cari rakan untuk membantu jika perlu - Lakukan pekerjaan mengikut kemampuan Pilih waktu yang baik dan berharga Contohnya mulakan aktiviti dari sebelum subuh . - Pagi sesuai dengan aktiviti yang sebagaimana, begitu juga petang dan malam. Perlu difikirkan harga masa pada waktu tersebut. 2– Perancangan waktu - Perancangan harian - Perancangan mingguan - Perancangan tahunan Untuk merancang watu perlu melihat pada zuruf sekeliling sama ada ianya sesuai atau tidak Dan tahu tujuan atau matlamat menetapkan sesuatu perkara. Tindakan - Adakan matlamat tahunan - tahu sasaran mana yang lebih utama dan didahulukan - Pecahkan perancangan tahunan kepada bulanan dan mingguan - Klaskan matlamat untuk dapatkan natijah yang terbaik - Lihat kemaslahatan pada sudut individu, gerak kerja dan masyarakat TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SEKARANG Tidur diawal watu Bangun diawal pagi. Memulakan hidupan untuk hari itu dengan qiamullail dan berdoa agar hari yang akan dilalaui mampu dipenuhi dengan kebaikan dan dijauhi dari fitnah syaitan Sediakan perancangan atau jadual harian Lakarkan perkara– perkara yang akan dilakukan dan cuba laksanakan satu persatu Jangan lupakan tanggungjawab yang sepatutnya ditunaikan setiap hari Contohnya: tanggungjawab beribadah, menimba ilmu dan sebagainya Elakkan dari sifat suka bertangguh Elakkan dari perkara yang tidak berfaedah Ayuh sahabat, gerakkan diri anda dengan sebaik mungkin mengikut perancangan yang telah difikirkan. Semoga hari– hari mendatang kita dapat memenuhinya dengan lebih baik dan terancang. Segala– galanya cuba dilaksanakan untuk kecemerlangan Islam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ikhlas
-
▼
2010
(20)
-
▼
December
(20)
- memilih isteri solehah..
- bujang lapok...
- duit =kelebihan RM2.00....
- .:: Permainan ::.
- sketsa cinta
- ~kawan2 ku~
- rambut ?
- tafsiran jari
- reunion
- 6 soalan
- ikhlasnya cinta
- coretan hati
- mood
- biskut !
- kenapa aku penat kerja ?
- petang yg bosan !
- HARGAI MASA !
- NASYID SESAT ?
- saksi bersama kita
- bacelah duhai wanita
-
▼
December
(20)
No comments:
Post a Comment