Apa itu penjenayah?
Sama-samalah kita bongkarkan misteri ini.
Penjenayah adalah orang yang akan lari apabila mendengar 2 perkataan ini, 'jangan bergerak'.
Biasanya bersejatakan pisau, pistol, senapang, batang kayu, buku lima, buku roti, buku sabun dan buku teks.
Tidak memiliki lesen yang sah, tidak membayar cukai dan tidak mempunyai kuci kira-kira bagi jenayah yang dijalankan.
Pemangsa utamanya adalah adalah polis manakala mangsa utama adalah orang awam.
Tidak terikat dengan politik wang atau politik semasa.
Memiliki doktor peribadi bagi merawat kecederaan semasa bekerja. Tiada duit sokso atau insurans disediakan.
Tidak perlu membayar duit KWSP dan cukai pendapatan.
Elaun dan bonus mengikut mood bos dan mutu kerja.
Tidak perlu berpendidikan tinggi.
Memiliki fizikal yang baik.
Jadi, inilah yang dapat saya kupas dalam isu minggu ini, sekian, berjumpa lagi miggu depan,assalamualaikum
No comments:
Post a Comment